SPRM LANGKAWI, KEDAH KINI BEROPERASI DI LOKASI BAHARU

20 April 2026

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Langkawi, Kedah, kini beroperasi di lokasi baharu dalam usaha memperkukuh keupayaan organisasi untuk melaksanakan fungsi penguatkuasaan, pencegahan dan pemantauan secara lebih berkesan dan teratur.

Perasmian pejabat baharu yang mula beroperasi 1 Februari 2026 itu telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datoโ€™ Indera Junipah Wandi pada 19 April 2026.

Pejabat yang terletak di No. 1A, Lot 1578 (PT 2472) Padang Pasir, Jalan Padang Matsirat, 07000 Kuah, Langkawi, Kedah, ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk Bilik Rakaman Bervideo (VIR), bilik rakaman percakapan, bilik eksibit serta ruang sita yang mampu memuatkan satu kenderaan pada satu-satu masa.

SPRM mengalu-alukan orang ramai yang ingin menyalurkan sebarang maklumat berkaitan rasuah atau salah guna kuasa untuk hadir ke pejabat berkenaan atau menghubungi talian 04-9668691.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *