

CYBERJAYA, 21 APRIL 2026 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(MCMC) telah membuka kertas siasatan terhadap seorang individu yang disyaki
memuat naik kandungan berunsur palsu di platform TikTok terhadap Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Individu berkenaan telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.
Satu (1)
unit peranti komunikasi yang digunakan untuk memuat naik kandungan tersebut
turut disita.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
(Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau
penjara sehingga dua (2) tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan
kesalahan.
MCMC memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial dan
media digital yang bertujuan untuk mengelirukan orang ramai dengan penyebaran
maklumat palsu.
Tindak an penguatkuasaan tegas akan dikenakan terhadap mana-
mana individu yang didapati melanggar undang-undang sedia ada.
Orang ramai diingatkan agar sentiasa bertanggungjawab dalam menggunakan
platform media sosial dan media digital serta tidak menyalahgunakan kemudahan
komunikasi bagi memuat naik atau menyebarkan kandungan yang boleh
menjejaskan keharmonian masyarakat dan ketenteraman awam.
