PEMERIKSAAN STESEN MINYAK DAN PENGUATKUASAAN AKTA OLEH KPDN

Tapah, 20 April 2026 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Tapah telah melaksanakan aktiviti penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan undang-undang perdagangan serta perlindungan pengguna.

Hasil pemeriksaan mendapati tahap pematuhan peniaga adalah memuaskan apabila semua premis yang diperiksa mempamerkan tanda harga dengan jelas dan menggunakan alat timbang yang masih sah tempohnya.

Dalam pemantauan larangan penjualan minyak masak paket kepada warga asing, tiada sebarang transaksi dikesan. Peniaga turut diberikan nasihat serta amaran keras agar mematuhi peraturan dan mempamerkan notis larangan di lokasi yang mudah dilihat pelanggan.

Bagi pemeriksaan di stesen minyak, pemantauan mendapati tiada penjualan petrol RON95 kepada kenderaan berdaftar asing. Pihak stesen turut diberi peringatan berkaitan sekatan penggunaan kad kredit/debit antarabangsa serta keperluan mematuhi peraturan jualan, termasuk tidak menolak pembelian di bawah 20 liter bagi pengguna yang layak.
Selain itu, sesi advokasi telah dijalankan dengan pengedaran poster dan notis pemberitahuan bagi meningkatkan kesedaran pematuhan dalam kalangan pengusaha.

Secara keseluruhan, tiada kes atau tindakan penguatkuasaan direkodkan sepanjang operasi dijalankan. KPDN akan terus mempergiat pemantauan bagi memastikan pematuhan undang-undang serta kestabilan bekalan barangan keperluan di pasaran sentiasa terjamin.

Sebarang pertanyaan dan aduan bolehlah dibuat melalui:-
https://e-aduan.kpdn.gov.my
Tel : 05-4010471 (KPDN Tapah)
Whatsapp Aduan:- 019-848 8000

Ikuti sosial media KPDN PERAK:
IG : https://ww.instagram.com/kpdn.perak
Youtube : https://www.youtube.com/@kpdnperaktv7244
TikTok : https://www.tiktok.com/@kpdnperak
Twitter : https://www.twitter.com/KPDN_Perak/

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *