
27 April 2026
(Info Ringkas)
Jangan mudah terpedaya dengan tawaran menjana pendapatan melalui platform e-dagang palsu. Scammer kini semakin licik menggunakan pelbagai taktik untuk menipu anda!
🚨Modus Operandi Scammer:
🕵️♂️ Menyamar sebagai platform e-commerce atau dropshipping.
💰 Menunjukkan keuntungan palsu dalam sistem mereka.
💸 Meminta bayaran berperingkat untuk “beli stok” atau “lengkapkan pesanan”.
🚫 Menghalang pengeluaran keuntungan dan meminta bayaran tambahan.
INGAT!
❗ Jika anda diminta untuk masukkan wang dahulu sebelum bekerja, itu adalah PETANDA PENIPUAN. Jangan teruskan!
✅ Semak Sebelum Bayar! Gunakan platform SEMAK MULE PDRM di sini:
👉 https://semakmule.rmp.gov.my
Sentiasa amalkan Konsep 3S, untuk Melindungi Diri Anda:
1️⃣ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2️⃣ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3️⃣ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan
🚨 Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
📞 Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
📍 Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
👮♂️ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.
JANGAN JADI MANGSA! 🔴 Scammer mungkin licik, tetapi anda lebih bijak! Jika sesuatu tawaran kelihatan terlalu baik untuk jadi kenyataan, ia berkemungkinan besar adalah PENIPUAN.
