
30 April 2026
Tindakan tegas Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus diperkukuh dalam membanteras jenayah dan ketirisan melibatkan barangan kawalan serta aktiviti penyeludupan.
💬“KDN tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti jenayah dan ketirisan yang menjejaskan keselamatan serta ekonomi negara. Tindakan penguatkuasaan akan terus dipergiat secara bersepadu.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
Melalui operasi bersepadu yang dilaksanakan oleh agensi penguatkuasaan seperti PDRM, APMM dan Jabatan Imigresen Malaysia, sebanyak 242 tangkapan telah direkodkan melibatkan pelbagai kes berkaitan kenderaan, bot dan barangan kawalan di lokasi strategik seluruh negara.
Pendekatan ini mencerminkan komitmen berterusan KDN dalam memastikan keselamatan negara, kestabilan ekonomi dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.
Sumber: KDN
