
30 April 2026
Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus mempertingkat kawalan keselamatan maritim negara melalui tindakan penguatkuasaan bersepadu oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
π¬βKDN akan terus memperkukuh kawalan di sempadan dan perairan negara bagi memastikan aktiviti penyeludupan dapat dibanteras secara tegas demi melindungi kepentingan rakyat dan ekonomi negara.β
β YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
Dalam operasi terkini, sebanyak RM159,230 nilai rampasan maritim berjaya direkodkan, melibatkan kes berkaitan bot kargo, rokok serta barangan kawalan di perairan negara.
Kejayaan ini mencerminkan komitmen berterusan KDN dalam memastikan laluan maritim negara kekal selamat, sekali gus mengekang aktiviti penyeludupan yang memberi kesan kepada ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
Pendekatan ini juga memperkukuh keupayaan negara dalam menghadapi cabaran krisis bekalan global yang memerlukan pemantauan rapi di setiap pintu masuk negara.
Sumber:KDN
