πŠπ„π‘π€π‰π€π€π π‡π€π‘π†π€πˆ 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐀𝐍 ππ„πŠπ„π‘π‰π€ π’π„πŒππ„ππ€ π‡π€π‘πˆ ππ„πŠπ„π‘π‰π€ πŸπŸŽπŸπŸ” ππ„π‘π“π„πŒπ€πŠπ€π β€œππ„πŠπ„π‘π‰π€ πŒπ€πƒπ€ππˆ πŠπ„π’π”πŒπ€ 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀” 1 Mei 2026

Sambutan Hari Pekerja 2026 yang bertemakan β€œPekerja MADANI Kesuma Bangsa” merupakan manifestasi penghargaan tertinggi kepada seluruh warga pekerja atas sumbangan signifikan dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.
 
Tema ini mencerminkan aspirasi untuk memperkukuh nilai MADANI dalam kalangan tenaga kerja yang merangkumi aspek kemampanan, kesejahteraan, daya cipta serta tanggungjawab sosial.

Pekerja bukan sahaja berperanan sebagai penggerak utama ekonomi, malah menjadi tonggak kepada kestabilan dan kemakmuran negara.
 
Seiring dengan cabaran global yang semakin kompleks, seluruh warga pekerja diseru agar terus meningkatkan produktiviti, integriti dan daya saing bagi memastikan Malaysia kekal mampan serta berdaya tahan.

Sambutan ini turut menjadi platform untuk mengiktiraf dedikasi, pengorbanan dan komitmen tidak berbelah bahagi para pekerja dalam membina sebuah negara yang progresif, sejahtera dan berdaya saing di persada dunia.
 
β€œPekerja MADANI Kesuma Bangsa”
 

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *