
WASHINGTON, 4 Mei – Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Scott Bessent, berkata harga tenaga yang kini meningkat susulan konflik Amerika Syarikat-Israel dengan Iran dijangka menurun pada akhir tahun ini.
“Selepas konflik ini berakhir, harga minyak akan jauh lebih rendah,” katanya dalam program Sunday Morning Futures di Fox Business Network.
Bessent membuat kenyataan itu walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, masih belum meneliti secara terperinci kandungan cadangan damai baharu Iran. Trump turut menyatakan bahawa beliau berkemungkinan tidak akan menerimanya kerana Iran belum “membayar harga yang cukup besar” atas tindakannya sebelum ini.
Menerusi rancangan sama, Bessent turut menyatakan keyakinan terhadap pencalonan Kevin Warsh sebagai Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) yang baharu, selain berpendapat Pengerusi semasa, Jay Powell, mungkin akan berundur pada masa depan.
Katanya, Powell akan bertindak diluar kebiasaan sekiranya memilih untuk kekal sebagai gabenor selepas tamat penggalnya.-
Sumber : RTM/REUTERS
