๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ PENGUATKUASAAN BERSEPADU MENJAMIN KESELAMATAN EKONOMI NEGARA

7 Mei 2026

Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus komited memperkukuh penguatkuasaan bersepadu bagi memastikan keselamatan rakyat dan kestabilan ekonomi negara sentiasa terpelihara daripada ancaman jenayah rentas sempadan serta aktiviti penyeludupan.

๐Ÿ’ฌ โ€œKeselamatan ekonomi negara tidak boleh dikompromi dan KDN akan terus memperhebat penguatkuasaan secara bersepadu demi melindungi rakyat serta kepentingan negara.โ€
~ YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Melalui kerjasama strategik antara PDRM, APMM dan Jabatan Imigresen Malaysia, tindakan penguatkuasaan terus diperkasa khususnya di kawasan hotspot sempadan dan pintu masuk negara.

๐Ÿ“Š Sepanjang tempoh pemantauan operasi:

๐Ÿ”ด RM25.6 JUTA
Nilai rampasan keseluruhan

๐ŸŸ  459 TANGKAPAN
Merentasi semua agensi penguatkuasaan

๐ŸŸก RM216,997
Rampasan harian direkodkan

๐Ÿ”ต 6 KES
Tangkapan harian

๐Ÿ“ Fokus utama operasi melibatkan komoditi kritikal seperti diesel dan petrol, selain kawalan diperketatkan di kawasan Sabah, Johor serta pintu masuk ICQS seluruh negara.

Pendekatan smart enforcement yang dilaksanakan mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan keselamatan negara terus menjadi keutamaan demi kesejahteraan rakyat.

๐Ÿ“Œ Sumber: KDN

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *