


Wartawan JM
Foto: Pejabat Perdana Menteri (PMO)
8 MEI 2026
Pertemuan dua hala bersama Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, memberi ruang untuk Malaysia dan Singapura terus memperkukuh kerjasama strategik yang berteraskan kepentingan bersama, kestabilan serantau serta kemakmuran rakyat kedua-dua negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata antarabfokus utama yang disentuh termasuk mempercepat pelaksanaan Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ).
Selain itu kata beliau memastikan projek RTS Link dapat beroperasi menjelang penghujung tahun 2026, memperluas kerjasama tenaga boleh diperbaharui dan ASEAN Power Grid, di samping memperdalam kerjasama dalam bidang Carbon Capture and Storage (CCS).
BERKAITAN SEMPADAN MARITIM
“Malaysia turut menegaskan kepentingan meneruskan rundingan berkaitan sempadan maritim secara konstruktif dan berlandaskan undang-undang antarabangsa, selain memastikan isu bekalan air, ruang udara serta pengurusan Kuala Lumpur Flight Information Region (KL FIR) ditangani menerusi semangat hormat-menghormati dan persefahaman dua hala,” kata Anwar dalam hantaran di FB.
Jelas Perdana Menteri dalam membicarakan perkembangan serantau dan antarabangsa, Malaysia menekankan kepentingan gencatan senjata berkekalan di Timur Tengah, kebebasan pelayaran di Selat Hormuz, serta keperluan ASEAN terus memainkan peranan yang berprinsip dalam memelihara kestabilan, keselamatan dan kelangsungan rantaian bekalan global. – JM
