
12 Mei 2026
IPK Kelantan: β Seorang suspek telah didakwa di mahkamah atas pertuduhan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan susulan kejadian tragis melibatkan mangsa yang dipercayai ditikam sebanyak 61 kali.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan. Kesalahan ini ditakrifkan di bawah Seksyen 300 Kanun Keseksaan yang melibatkan niat untuk menyebabkan kematian.
Polis Diraja Malaysia memandang serius jenayah kekerasan dan memberi jaminan bahawa tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang.
Tiada toleransi terhadap jenayah kejam.
Keadilan buat mangsa, tindakan tegas buat pelaku.
Sumber: PDRM
