
16 Mei 2026
Scammer sekarang semakin licik. Mereka hantar link palsu kononnya hadiah percuma, parcel tertahan, bantuan kerajaan atau mesej bank. Sekali tekan… duit dalam akaun boleh lesap dalam beberapa minit!
❌ JANGAN sesekali tekan link yang tidak dikenali.
❌ JANGAN download fail APK atau aplikasi dari WhatsApp/SMS.
❌ JANGAN percaya mesej yang paksa bertindak “SEGERA”
⚡ Ingat!
Link pelik = perangkap scammer.
Tekan sekali boleh buka jalan untuk pencuri curi data, OTP dan wang simpanan anda!
✅ Jika ragu-ragu:
Tunjukkan mesej kepada anak atau ahli keluarga.
- Hubungi bank menggunakan nombor rasmi.
- Screenshot mesej sebagai bukti.
- Semak nombor telefon & akaun di Semak Mule PDRM.
- Laporkan segera kepada pihak polis atau NSRC 997
🔎 Semak dahulu sebelum percaya!
Gunakan portal https://semakmule.rmp.gov.my PDRM untuk menyemak nombor telefon dan akaun bank yang mencurigakan.
🚨 Kalau tidak pasti, JANGAN TEKAN!
Jangan kerana satu klik, habis wang simpanan seumur hidup hilang dalam tangan scammer.
