๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฆ๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—ข๐—ฅ ๐——๐—œ๐—ง๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—ž๐—”๐—ก ๐— ๐—œ๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—”๐—ก ๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ช๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

18 Mei 2026

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) insiden bot karam yang membawa migran Indonesia di sekitar perairan Pulau Pangkor pada 11 Mei 2026 telah ditamatkan sepenuhnya selepas enam hari operasi intensif melibatkan pelbagai aset keselamatan negara.

๐Ÿšจ ๐Ÿฏ๐Ÿต mangsa ditemukanโœ… ๐Ÿฎ๐Ÿฏ mangsa berjaya diselamatkan๐Ÿ•Š๏ธ ๐Ÿญ๐Ÿฒ mangsa disahkan meninggal dunia

Operasi diketuai oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bersama kerjasama strategik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Polis Marin (PPM) serta komuniti nelayan tempatan yang turut membantu operasi di kawasan pencarian.

Kesiapsiagaan anggota operasi, koordinasi pelbagai agensi serta semangat kemanusiaan menjadi kekuatan utama dalam memastikan setiap usaha pencarian dilaksanakan dengan penuh profesionalisme dan dedikasi.

KDN merakamkan penghargaan kepada semua anggota keselamatan, petugas penyelamat dan komuniti nelayan yang terlibat secara langsung sepanjang operasi berlangsung.

โ€œKeselamatan perairan negara bukan sahaja melibatkan penguatkuasaan, tetapi turut menuntut nilai kemanusiaan, keberanian dan kerjasama demi melindungi nyawa.โ€

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *