๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—œ๐—› ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐—Ÿ & ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ๐—จ๐—ก

20 Mei 2026

๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐——๐—ฃ๐—ฃ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ต ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป, ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฎ๐˜๐—ธ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ฎ๐—ป & ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐˜€๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฎ๐˜๐—ฎ

๐Ÿ“ Pusat Pengasingan Khas Pelarian dan Pemohon Suaka (PPKPPS), Bidor, Perak
๐Ÿ“… 18 Mei 2026

๐Ÿ’ฌ โ€œKerajaan kekal tegas dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara, namun pada masa sama memastikan pengurusan pelarian dilaksanakan secara lebih tersusun, terkawal dan berlandaskan prinsip kemanusiaan.โ€
โ€” YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Kerajaan MADANI terus komited memastikan pengurusan pelarian dan pemohon suaka di negara ini dilaksanakan secara lebih tersusun, terkawal dan berperikemanusiaan tanpa menjejaskan keselamatan serta kedaulatan negara.

Setakat ini, seramai 4,010 tahanan telah didaftarkan melalui Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bagi memperkukuh pemantauan, penguatkuasaan serta pengurusan berasaskan data yang lebih sistematik dan sahih.

Program ini turut memastikan sebarang sokongan sosial diberikan secara terkawal serta tidak menyamai hak dan keistimewaan rakyat Malaysia. Pengurusan akhir pelarian hanya melibatkan penghantaran pulang ke negara asal, penempatan ke negara ketiga atau pengusiran sekiranya melanggar undang-undang negara.

Sumber: KDN

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *