



1๐ต ๐ ๐ฒ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Taklimat ini merangkumi prestasi ekonomi semasa yang kekal kukuh serta status terkini krisis bekalan global, di samping langkah strategik Kerajaan MADANI dalam memastikan kestabilan ekonomi, mengurus tekanan kos sara hidup dan melindungi kesejahteraan rakyat.
Antara tumpuan utama:
โค Prestasi KDNK suku pertama 2026 yang melepasi unjuran serta kekal lebih baik berbanding beberapa negara serantau
โค Pergerakan pasaran global melibatkan minyak, LNG, arang batu dan prestasi pasaran saham
โค Inflasi yang kekal terkawal serta pelaksanaan bantuan bersasar seperti BUDI MADANI Diesel, IPKP dan SKDS
โค Sokongan pembiayaan kepada PKS melalui dana BNM serta jaminan pembiayaan
โค Keutamaan strategik kerajaan dalam menjamin dan mengoptimumkan bekalan, mengekang kenaikan harga serta memanfaatkan peluang baharu
โค Pengukuhan sistem pemantauan melalui Dashboard Krisis Bekalan Global
Kerajaan akan terus mengambil pendekatan bersasar, berhati-hati dan berfokus dalam memastikan kestabilan ekonomi negara serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
