




22 Mei 2026
Bersempena sambutan kemuncak Pesta Kaamatan pada 30 dan 31
Mei serta Hari Gawai pada 1 Jun 2026, Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Skim
Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Pesta Kaamatan dan
Hari Gawai 2026.
SHMMP Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2026 akan dilaksanakan
pada 27 Mei hingga 4 Jun 2026 melibatkan keseluruhan 17 barangan
meliputi 12 jenis barangan bagi negeri Sabah dan Sarawak serta 11
bagi Wilayah Persekutuan (WP) Labuan.
Tempoh pelaksanaan skim ini ialah selama 9 hari dan ditetapkan
mengambil kira kepentingan kedua-dua pihak iaitu pengguna dan
komuniti peniaga.
Pengguna dapat menikmati barangan keperluan
pada harga yang berpatutan dan peniaga pula tidak tertekan dengan
tempoh masa pelaksanaan yang terlalu lama.
Di bawah SHMMP Pesta Kaamatan 2026 (Sabah), kementerian telah
mengenal pasti 12 jenis barangan berbanding 10 barangan semasa
pelaksanaannya pada tahun 2025.
Pertambahan 2 jenis barangan
tersebut ialah halia tua import dan ubi kentang (China).
Manakala untuk SHMMP Hari Gawai 2026 (Sarawak), sebanyak 12
jenis barangan telah disenaraikan berbanding 11 barangan semasa
pelaksanaannya pada tahun 2025.
Satu (1) barangan yang ditambah
ialah daging kerbau import (India).
Penentuan jenis dan harga maksimum bagi SHMMP Pesta Kaamatan
dan SHMMP Hari Gawai 2026 ini dibuat melalui perbincangan KPDN
bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM)
dan agensi di bawahnya serta mengambil kira pandangan pemain-
pemain industri.
Barangan Harga Terkawal SHMMP Pesta Kaamatan 2026
Bagi SHMMP Pesta Kaamatan 2026 (Sabah), senarai barangan terlibat
ialah seperti berikut:
- Babi hidup
- Daging babi (daging dan lemak)
- Daging babi (perut)
- Daging kerbau import (India)
- Kepak ayam
- Cili kering keriting
- Bawang merah kecil (India)
- Bawang putih (China)
- Bawang kuning besar
- Bawang merah besar
- Halia tua import
- Ubi kentang (China)
-
Bagi SHMMP Pesta Kaamatan 2026 (WP Labuan), senarai barangan
terlibat ialah seperti berikut:
- Daging babi (daging dan lemak)
- Daging babi (perut)
- Daging kerbau import (India)
- Kepak ayam
- Cili kering keriting
- Bawang merah kecil (India)
- Bawang putih (China)
- Bawang kuning besar
- Bawang merah besar
- Halia tua import
- Ubi kentang (China)
Perbandingan pelaksanaan SHMMP Pesta Kaamatan bagi tahun 2025
dan 2026 menunjukkan trend harga yang lebih stabil di Sabah dan WP
Labuan.
Di Sabah, sebanyak 6 barangan mencatatkan penurunan
harga, 3 barangan kekal dan dua 2 barangan baharu diperkenalkan.
Trend yang hampir sama turut direkodkan di WP Labuan dengan 6
barangan mengalami penurunan harga, 2 barangan kekal dan 2
barangan baharu diperkenalkan.
Barangan Harga Terkawal SHMMP Hari Gawai 2026
Manakala, bagi SHMMP Pesta Hari Gawai 2026 pula, senarai barangan
terlibat ialah seperti berikut:
- Babi hidup
- Daging babi (daging dan lemak)
- Daging babi (perut)
- Daging kerbau import (India)
- Ayam tua hidup
- Kepak ayam
- Kubis bulat import
- Bawang putih (China)
- Cili kering keriting
- Kelapa biji
- Kelapa parut
- Santan
-
Bagi perayaan Hari Gawai, analisis perbandingan harga bagi tahun
2026 berbanding 2025 menunjukkan sebanyak 5 barangan mengalami
penurunan harga, 3 barangan kekal pada harga sedia ada serta
pengenalan 1 barangan baharu.
SHMMP Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2026 akan dikuatkuasakan
melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723] dan
membolehkan penentuan harga maksimum dibuat.
Harga maksimum
yang telah ditetapkan untuk skim ini boleh disemak melalui laman web
KPDN.
Pegawai-pegawai penguat kuasa KPDN akan ditugaskan di lokasi-
lokasi strategik seperti di pasar awam, pasar tani, pasar tamu dan pusat
membeli-belah barangan keperluan perayaan.
Pada masa yang sama,
penguatkuasaan secara berhemah dilaksanakan dengan memberi
pendidikan, nasihat dan amaran supaya para peniaga mematuhi
undang-undang yang berkuat kuasa dan mengamalkan peniagaan
yang beretika.
Kerajaan berharap semua pihak dapat mematuhi harga-harga
maksimum yang telah ditetapkan dan menggunakan label merah jambu
bagi barangan yang dikawal harga.
Mana-mana peniaga yang
melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta 723 dan
boleh dikenakan penalti seperti berikut:
(i) kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi
harga maksimum:
(a) Individu boleh didenda oleh Mahkamah sehingga
RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga
tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga
RM50,000; dan
(b) Syarikat boleh didenda sehingga RM500,000 atau
dikompaun sehingga RM250,000;
(ii) kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah
jambu bagi barangan harga terkawal:
(a) individu boleh didenda oleh Mahkamah sehingga
RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000; dan
(b) syarikat boleh didenda sehingga RM20,000 atau
dikompaun sehingga RM10,000.
KPDN akan terus menjalinkan kerjasama dengan KPKM dan juga
pemain industri bagi memastikan bekalan barangan yang disenaraikan
adalah mencukupi sepanjang tempoh pelaksanaan skim.
Selain itu,
melalui penubuhan Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Harga Barang
dan Bekalan Antara Kementerian, tindakan intervensi akan
dilaksanakan dalam mengurangkan isu-isu terkait harga dan bekalan
sekali gus membantu menangani kos sara hidup rakyat.
Selain SHMMP, KPDN turut melaksanakan beberapa program khusus
terkait dengan ikhtiar kos sara hidup di bawah inisiatif Payung
RAHMAH seperti Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) dan
Program Servis Ihsan MADANI@Petronas AutoExpert (SIM@PAX).
YB DATUK ARMIZAN MOHD ALI
Menteri Perdagangan Dalam Negeri
dan Kos Sara Hidup
Kundasang, Sabah
22 Mei 2026
