TABUNG KASIH@HAWANA RINGANKAN BEBAN 766 PENGAMAL MEDIA SEJAK 2023,

KUCHING, 22 Mei – Seramai 766 pengamal media seluruh negara terima manfaat daripada inisiatif Tabung Kasih@HAWANA sejak diperkenalkan pada tahun 2023.

Ini melibatkan jumlah sumbangan sebanyak RM2.24 juta.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Chieng berkata, ia turut melibatkan 45 pengamal media di Sarawak bagi tempoh 2023 hingga 22 Mei 2026.

“saya nak menyeru rakan-rakan wartawan, sekiranya mereka menghadapi apa-apa kesulitan, kesihatan, banjir, bolehlah mereka menghubungi sektretariat hawana di bawah BERNAMA, mereka akan semak sama ada seseorang pemohon itu layak, sebab ini satu tabung untuk wujudkan untuk bantu kawan-kawan wartawan,” katanya.

Ujarnya, bagi tahun ini sahaja sehingga 22 Mei, seramai 160 pengamal media seluruh negara telah menerima bantuan menerusi inisiatif berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Pasar Seni Love Bandar Kuching 2.0 di Tropics City, Tabuan di sini.

Pada program itu, seramai lapan pengamal media di Kuching menerima sumbangan Tabung Kasih@HAWANA.

Wartawan/Foto: DEBBIE AMANDA

beritartmsarawak

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *