PMX ucap tahniah kepada skuad regu negara menjuarai Piala Dunia Sepak Takraw 2026

Wartawan JM
24 MEI 2026

Syabas wira negara, teruskan melakar kecemerlangan demi Malaysia tercinta!

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad regu sepak takraw negara atas kejayaan menjuarai Piala Dunia Sepak Takraw 2026 di Stadium Titiwangsa, di Kuala Lumpur malam tadi.

Beliau berkata kejayaan ini bukan sahaja membanggakan arena sukan tanah air, malah membuktikan semangat juang, disiplin dan kesatuan yang tinggi mampu mengangkat Malaysia ke persada dunia.

“Kemenangan ini adalah hadiah bermakna buat seluruh rakyat Malaysia serta bukti bahawa anak watan memiliki keupayaan, ketahanan dan semangat luar biasa apabila membawa cabaran negara,” kata beliau dalam hantaran di FB. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *