PERKEMBANGAN TERKINI MENGENAI RAKYAT MALAYSIA YANG TERJEJAS AKIBAT INSIDEN RUNTUHAN BANGUNAN DI ANGELES, FILIPINA

26 Mei 2026

Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa dua (2) orang warganegara Malaysia telah terjejas akibat
insiden runtuhan bangunan di Angeles, Filipina pada 24 Mei 2026.

Seorang daripada warganegara Malaysia yang terjejas dalam insiden tersebut disahkan selamat dan tidak
mengalami sebarang kecederaan.

Kedutaan Besar Malaysia di Manila telah memberikan bantuan
konsular yang sewajarnya kepada individu berkenaan.

Kementerian juga dengan penuh dukacita mengesahkan bahawa seorang lagi warganegara Malaysia
yang terjejas dalam insiden tersebut telah meninggal dunia.

Waris terdekat telah menerima pemakluman
dan Kedutaan Besar Malaysia di Manila sedang menyalurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada
keluarga mangsa, termasuk membantu dalam urusan pengendalian jenazah.

Kementerian ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham atas berita duka ini.

Kementerian juga menzahirkan penghargaan kepada pihak berkuasa di Filipina atas bantuan serta
kerjasama yang diberikan dalam perkara ini.

Kementerian Luar Negeri juga komited untuk terus memelihara kebajikan dan keselamatan rakyat
Malaysia di luar negara.

PUTRAJAYA
26 Mei 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *