Tembak lembu: Polis Kangar rampas “shortgun”, rakam keterangan MB Perlis

Oleh: Sholina Osman
30 MEI 2026

Polis Kangar mengesahkan telah merampas selaras “shortgun” yang dipercayai telah digunakan oleh Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah dalam insiden tembakan ke arah seekor lembu korban yang didakwa mengamuk di Dataran Lok 9, Kuala Perlis, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, turut dirampas adalah
sembilan butir peluru jenis “buekshot” untuk siasatan lanjut.

Beliau menjelaskan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar juga telah merakam keterangan Menteri Besar Perlis dan juga direkodkan mengenai kejadian terbabit.

“Polis mengambil keterangan ini setelah menerima satu laporan pada pukul 4.51 petang, 29 Mei 2026 daripada orang awam berhubung satu hantaran yang tular di media sosial berkenaan rakaman video berdurasi 38 saat berkaitan insiden ini,” kata beliau dalam kenyataan media hari ini.

LEMBU TELAH MENGAMUK

Beliau menjelaskan berdasarkan keterangan Menteri Besar Perlis, tindakan demikian diambil kerana pada ketika itu seekor lembu telah mengamuk dan mengancam petugas-petugas dan orang awam yang berada di program ibadah korban Perdana Kuala Perlis.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960 (AKTA 206) kerana telah melepaskan tembakan di tempat awam jika disabitkan boleh dihukum penjara maksimum setahun dan denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Ketua Polis Daerah Kangar juga menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau kenyataan yang boleh mengundang sebarang provokasi terhadap mana-mana pihak.

MENGUGAT KETENTERAMAN AWAM

Pihak polis memandang serius sebarang perbuatan yang boleh mengugat kententeraman awam dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang terlibat.

Sehubungan itu orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat kes Asisten Superitendan Tengku Mohd Farid Tengku Ibrahim di talian 019-9939200 atau 04-9082222.

Kerjasama dari semua pihak amatlah dihargai dalam memastikan keselamatan dan keharmonian masyarakat sentiasa terpelihara. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *