πŸ‘‘ TANJAK WARISAN, KUALITI UNGGUL Buatan Tangan Prospek Penjara Yang Mengangkat Warisan Bangsa

31 Mei 2026

πŸ’¬ β€œWarisan budaya yang dipelihara melalui kemahiran dan latihan bukan sahaja menghasilkan produk berkualiti, malah membuka peluang kedua untuk membina kehidupan yang lebih bermakna.”
~ YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Penjara Malaysia terus memperkasa agenda Pemulihan Insan melalui penghasilan pelbagai produk warisan berkualiti tinggi di bawah jenama MyPride, termasuk tanjak eksklusif yang mendapat perhatian serta permintaan tinggi daripada masyarakat.

Dihasilkan dengan ketelitian dan kemahiran tangan prospek yang mengikuti latihan vokasional dan TVET di institusi penjara, tanjak ini bukan sahaja melambangkan keindahan seni budaya Melayu, malah mencerminkan nilai disiplin, ketekunan dan transformasi diri yang diterapkan sepanjang proses pemulihan.

βœ… Hasil kraftangan berkualiti tinggi dan eksklusif
βœ… Mengekalkan warisan budaya Melayu yang berharga
βœ… Dihasilkan melalui kemahiran prospek penjara
βœ… Menjadi pilihan sebagai cenderahati dan hadiah rasmi
βœ… Simbol peluang kedua dan masa depan yang lebih cerah

Setiap tanjak yang dihasilkan membawa kisah harapan dan perubahan. Ia membuktikan bahawa kemahiran yang dipupuk melalui latihan dan pendidikan mampu menjadi pemangkin kepada kehidupan yang lebih baik selepas proses pemulihan.

πŸ›οΈ Dapatkan tanjak serta pelbagai produk eksklusif MyPride di Galeri Produk MyPride, Kompleks Penjara Kajang, Selangor.

πŸ“’ Orang ramai turut dijemput memeriahkan reruai KDN sempena Sambutan Hari TVET Negara 2026 yang akan berlangsung pada 5 hingga 7 Jun 2026 bagi melihat sendiri produk-produk MyPride serta pelbagai inisiatif TVET dan pemulihan insan yang dibawakan oleh Jabatan Penjara Malaysia.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *