Suasana Pilu: Empat Sekeluarga Nahas Johor Dikebumi di Dungun

2 Jun 2026

‘’ Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul’’,
Begitulah kesedihan yang ditanggung oleh keluarga, sanak saudara serta kenalan mangsa kemalangan ngeri di Jalan Renggam-Simpang semalam.

Terkini , suasana pilu menyelubungi pekarangan Masjid Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) sebaik jenazah empat sekeluarga yang maut dalam nahas di Jalan Renggam – Simpang Renggam, Johor semalam, selamat tiba di sini, kira-kira jam 8.40 pagi tadi.

Ketibaan jenazah disambut ahli keluarga, rakan taulan dan penduduk setempat yang mengambil peluang untuk memberikan penghormatan terakhir kepada mangsa.

Kesemua jenazah dibawa pulang selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.
Jenazah Allahyarham Mohd Aiman Mohd Rashid, 36 tahun, isterinya Nor Azlina Abd Latif, 33 tahun, ibu mentuanya Semek Mat Soh, 73 tahun, serta anak saudara mereka Nur Airish Syifa Sidek, 10 tahun, tiba di Masjid Bandar Al Muktafi Billah Shah kira-kira pukul 8.30 pagi.

Kehadiran jenazah disambut ahli keluarga, saudara-mara dan penduduk setempat yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada mangsa.

Suasana hiba jelas dirasai apabila ahli keluarga dan kenalan rapat tidak dapat menahan sebak mengenangkan kehilangan empat insan tersayang dalam satu tragedi yang meragut nyawa sekeluarga.

Selepas disolatkan, kesemua jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Bandar Al Muktafi Billah Shah dan tiba kira-kira pukul 9.22 pagi untuk dikebumikan.

Terdahulu, media melaporkan empat mangsa maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Renggam–Simpang Renggam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Johor kira-kira pukul 1 tengah hari semalam.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *