PMX raikan peserta program “Melangkah Bersama MADANI: Wanita Beriman, Wanita Bertahan”

Wartawan JM
Foto: Pejabat Perdana Menteri (PMO)
13 JUN 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan meraikan para peserta program “Melangkah Bersama MADANI: Wanita Beriman, Wanita Bertahan” di Kota Kinabalu petang ini yang menghimpunkan penyertaan wanita dari seluruh Sabah.

Beliau menzahirkan penghargaan terhadap peranan dan sumbangan besar wanita yang sentiasa menjadi tonggak kekuatan keluarga, masyarakat serta negara.

Anwar berkata wanita tidak boleh dipinggirkan dalam agenda pembangunan negara kerana merekalah antara tunjang utama dalam melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak, berdaya tahan serta mempunyai nilai ihsan yang tinggi bagi menjayakan aspirasi
Malaysia MADANI.

“Saya singgung bahawa setiap insan pasti akan diuji dan tidak terlepas daripada cabaran serta dugaan kehidupan. Namun dengan panduan Allah SWT, serta mengambil iktibar daripada keperibadian para Nabi dan insan soleh, setiap ujian harus ditempuh dengan hikmah, kesabaran dan keteguhan jiwa,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Anwar berkata dalam menghadapi segala tantangan, kekuatan iman, penguasaan ilmu dan keutuhan akhlak akan terus menjadi bekalan penting untuk membina keluarga yang sejahtera, masyarakat yang berdaya tahan dan negara yang maju serta bermaruah. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *