Hubungan Malaysia-Tatarstan diperkukuhkan demi manfaat ekonomi rakyat dua negara

17 Jun 2026

Usai tiba di Kazan, Perdana Menteri telah mengadakan pertemuan dengan sahabat yang juga Rais atau Ketua Republik Tatarstan, Rustam Minnikhanov, bagi bertukar pandangan mengenai hubungan serta peluang kerjasama yang boleh diteroka demi manfaat kedua-dua pihak.

PMX turut merakamkan ucapan tahniah kepada Kazan atas pengiktirafannya sebagai Bandar Kebudayaan Dunia Islam 2026 oleh ICESCO, yang mencerminkan peranannya sebagai pusat keilmuan Islam, kebudayaan dan inovasi.

PX berkata, beliau juga menghargai visi Presiden Vladimir Putin dalam mewujudkan Strategic Vision Group (SVG), yang berperanan sebagai jambatan penting antara Rusia dan dunia Islam dalam memperkukuh dialog serta kerjasama yang lebih bermakna.

Kedua pemimpin ini membincangkan potensi memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pelaburan, pendidikan, pelancongan, industri halal, teknologi dan pembangunan bakat.

Menurut PMX, sektor tenaga turut menjadi fokus utama memandangkan Tatarstan merupakan antara wilayah pengeluar minyak utama di Persekutuan Rusia.

” Kami melihat ruang kerjasama yang luas dalam industri minyak dan gas, termasuk aktiviti hiliran, penapisan serta petrokimia.

” Kami menyentuh peranan KazanForum dalam memperkukuh hubungan perniagaan, selain membuka peluang baharu dalam bidang inovasi, ekonomi digital dan pelaburan strategik.

Semoga pertemuan ini terus mempererat hubungan Malaysia dan Tatarstan serta membuka lebih banyak peluang kerjasama yang memberi manfaat nyata kepada rakyat dan ekonomi kedua-dua pihak, ” ujar PMX dalam perkongsiannya di laman sosial hari ini.

======
Sorotan : Berita Jendela Madani

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *