πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π’π€πŒππ”π“π€π πŒπ€π€π‹ π‡πˆπ‰π‘π€π‡ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡/πŸπŸŽπŸπŸ”πŒ

PUTRAJAYA, 17 Jun 2026 – Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1448H/2026M berlangsung dengan penuh kesyukuran dan penghayatan di Masjid Putra, Putrajaya, hari ini, diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.

Dalam titah baginda, peristiwa hijrah diangkat sebagai manifestasi transformasi yang menyeluruh, bukan sekadar menandakan permulaan tahun baharu dalam kalendar Islam, tetapi membawa mesej perubahan, pengorbanan, ketabahan serta iltizam untuk memperbaiki diri dan membina kehidupan yang lebih bermakna.

Baginda turut menyeru umat Islam agar terus menghayati roh hijrah dengan memperkukuh akhlak, memperluas khazanah ilmu, memperkasa pemikiran serta membentuk gaya hidup yang berteraskan nilai-nilai Islam, selaras dengan tuntutan zaman dan cabaran semasa demi melahirkan masyarakat yang berilmu, berintegriti dan berdaya tahan.

Sambutan Maal Hijrah menjadi wadah penting untuk menyemarakkan semangat muhasabah dan pembaharuan, sekali gus memperkukuh tekad dalam membina ummah yang bersatu, harmoni dan progresif berlandaskan nilai-nilai Malaysia MADANI.

Sempena kedatangan Tahun Baharu Hijri 1448H, marilah kita bersama-sama menjadikan semangat hijrah sebagai inspirasi untuk terus melakar perubahan positif, memperkukuh perpaduan serta menyumbang kepada kemakmuran negara, bertepatan dengan tema sambutan tahun ini, β€œMADANI Dihayati, Ummah Diberkati.”


  • Shamsul Azri bin Abu Bakar
    PMO Malaysia

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *