𝐏𝐌 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐋𝐀𝐃𝐄𝐒𝐇 πƒπˆππ„π‘πˆ π’π€πŒππ”π“π€π π‘π€π’πŒπˆ πƒπˆ ππ”π“π‘π€π‰π€π˜π€

Putrajaya Perdana Menteri Bangladesh Tarique Rahman yang dalam rangka lawatan dua hari ke Malaysia, diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan beliau kira-kira 9 pagi sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.

Tarique kemudiannya memeriksa pasukan kawalan kehormatan terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja diketuai Mejar Nur Ahmad Zaim Zahari.

Majlis itu turut dihadiri isteri Tarique, Dr Zubaida Rahman dan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, barisan Jemaah Menteri, diplomat asing serta pegawai kanan kerajaan.

Selepas upacara sambutan, Tarique menandatangani buku pelawat sebelum mengadakan pertemuan empat mata dengan Anwar, diikuti mesyuarat dua hala membabitkan menteri kanan serta pegawai kedua-dua negara.

πŸ“Έ : fotoBERNAMA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *