YANG DI-PERTUAN AGONG SEMPURNAKAN ISTIADAT PERBARISAN PENTAULIAHAN DIRAJA DAN PENGURNIAAN WATIKAH TAULIAH PEGAWAI KADET ATM 2026

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tahun 2026 di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur, hari ini (27 Jun).

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan dan Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Malek Razak Sulaiman, Panglima Angkatan Tentera.

Hadir sama, Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman, Panglima Tentera Darat; Laksamana Tan Sri Zulhelmy Ithnain, Panglima Tentera Laut dan Jeneral Dato’ Sri Muhamad Norazlan Aris, Panglima Tentera Udara.

Istiadat perbarisan pentauliahan ini merupakan satu pengiktirafan rasmi kepada 566 Pegawai Kadet ATM yang telah menamatkan latihan ketenteraan masing-masing dengan jayanya, sekali gus menandakan permulaan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai Pegawai Muda dalam ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM.

Seri Paduka Baginda selaku pemerintah tertinggi ATM berkenan memeriksa perbarisan pegawai-pegawai kadet diiringi Panglima Angkatan Tentera dan Pegawai Perbarisan.

Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan hadiah kepada tujuh pegawai kadet terbaik Akademi Latihan Ketenteraan didahului Pegawai Rendah Kanan Batalion Muhammad Aliff Iskandar Mohd Alimi, Pegawai Kadet terbaik keseluruhan dan Pegawai Rendah Muda Muhammad Fahim Shahdzul Kahar, Pegawai Kadet terbaik Tentera Darat.

Selain itu, Pegawai Rendah Muda Adam Haziq Mohamad Azrol, Pegawai Kadet terbaik Tentera laut; Pegawai Rendah Muda Raja Ameer Eusoff Raja Azizi, Pegawai Kadet terbaik Tentera Udara; Pegawai Rendah Kanan Ibrahim Adham Suhaimi, Pegawai Kadet terbaik Akademi Tentera Darat; Pegawai Kadet Muhamad Jasrul Hakimi Jasmi, Pegawai Kadet terbaik Kapal Diraja Sultan Idris Pertama dan Pegawai Rendah Muda Muhammad Afiq Hazmi, Pegawai Kadet terbaik Kolej Tentera Udara.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *