PERLOMBONGAN KRIPTO HARAM DIBANTERAS, BEKALAN ELEKTRIK NEGARA DIPERTAHANKAN

9 Julai 2026

Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperkukuh tindakan penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti perlombongan mata wang kripto secara haram yang menjejaskan bekalan elektrik negara serta kepentingan awam.

“Kerajaan tidak berkompromi terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan teknologi digital sehingga menjejaskan kepentingan awam, keselamatan bekalan elektrik dan hasil negara. Penguatkuasaan akan terus diperkukuh melalui kerjasama strategik antara PDRM dan agensi berkaitan.”
— YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri

Operasi bersepadu yang dilaksanakan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuktikan komitmen kerajaan dalam membanteras kegiatan jenayah ini melalui tindakan berasaskan risikan, pemantauan serta penguatkuasaan yang bersepadu.

Antara pencapaian operasi bersepadu PDRM dan TNB di Daerah Manjung, Perak (2022–2025):
✅ 347 serbuan dilaksanakan
👮 93 individu ditahan
🖥️ 6,913 mesin perlombongan mata wang kripto dirampas

KDN turut menegaskan bahawa tiada penglibatan anggota polis, pekerja TNB mahupun kakitangan Majlis Perbandaran Manjung dalam kegiatan perlombongan mata wang kripto haram yang berjaya dibanteras.

Tindakan penguatkuasaan dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang, termasuk Seksyen 427 Kanun Keseksaan [Akta 574] serta Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447], bagi memastikan pihak yang melakukan kesalahan dibawa ke muka pengadilan.

Sumber:
Pertanyaan Jawab Lisan Dewan Rakyat, Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas, 8 Julai 2026.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *