FAKTA MESRA UNTUK PENGUNDI JOHOR :

10 Julai 2026

APA YANG KERAJAAN MADANI LAKSANAKAN UNTUK PENDIDIKAN DI NEGERI JOHOR?

  • Komitmen terhadap pendidikan bukan sekadar janji. Di Johor, pelbagai usaha sedang dilaksanakan untuk meningkatkan akses pendidikan berkualiti, memperbaiki kemudahan sekolah serta menjaga kebajikan murid dan kesejahteraan guru.
  • Antara pencapaian dan inisiatif utama:

๐Ÿซ 27 sekolah baharu dengan kos melebihi RM2.3 bilion
๐Ÿ‘ง๐Ÿป 84 kelas prasekolah baharu diwujudkan
๐Ÿ”ง RM444.8 juta untuk 5,728 projek naik taraf dan baik pulih
๐Ÿ“ˆ Prestasi SPM Johor terus meningkat dengan GPN 4.28 pada 2025
๐ŸŽฏ Ketidakhadiran calon SPM berjaya dikurangkan sebanyak 52% dalam tempoh tiga tahun
๐ŸŽ’ 591,722 murid menerima Bantuan Awal Persekolahan
๐Ÿ› 48,015 murid menerima manfaat Rancangan Makanan Tambahan
๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€๐Ÿซ 369 bilik guru dinaik taraf dengan peruntukan lebih RM11.7 juta
๐Ÿ“š 241,671 pelajar menerima manfaat Baucar Buku MADANI
๐Ÿค 146 Sekolah Angkat MADANI di seluruh Johor
๐Ÿซ 113 sekolah dipilih dalam agenda Reformasi Sekolah

Setiap sekolah yang dibina, setiap kemudahan yang dibaik pulih dan setiap bantuan yang disalurkan membawa satu matlamat yang sama โ€” memastikan anak-anak Johor mendapat pendidikan yang lebih berkualiti dan warga pendidik dapat berkhidmat dalam persekitaran yang lebih kondusif.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *