PRN Johor : SPR jangka 70 peratus pengundi keluar mengundi

PONTIAN, 10 Julai – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan 70 peratus daripada lebih 2.7 juta pengundi, keluar mengundi pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, pada Sabtu.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, proses undian melibatkan 1,076 pusat mengundi, dengan 4,889 saluran mengundi, dibuka.

Pusat mengundi di Pulau Besar, akan ditutup paling awal, iaitu 11.00 pagi, diikuti Pulau Aur dan Pemanggil, 12.30 tengahari.

17 pusat mengundi akan ditutup pada pukul 2.00 petang, manakala 42 pusat mengundi ditutup 4.00 petang.

Sementara itu sebanyak 1,114 pusat mengundi pula, akan ditutup pukul 6.00 petang.

Penutupan awal, khusus di pulau-pulau, dapat memastikan peti-peti undi, tiba di pusat penjumlahan undi, mengikut waktu.

“Bagaimanapun, jika berlaku sebarang perkara di luar jangkaan, kita mempunyai pelan kontingensi. Kita juga telah berurusan dengan pihak tentera, polis dan agensi berkaitan bagi membantu dari segi logistik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau proses semakan peti undi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian dan Dewan Serbaguna Permas, Kukup di sini, hari ini.

Seramai 43,036 petugas SPR akan ditugaskan sepanjang hari mengundi, dan 24,677 kertas undi pos, telah dikeluarkan.

Sementara itu, 753 aduan kesalahan pilihan raya5 diterima, melibatkan 63 laporan polis dan tiga laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Sumber : RTM

Sorotan – Berita Jendela Madani

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *