RUU PROFESION KERJA SOSIAL 2026 DILULUSKAN DEWAN RAKYAT

14 Julai 2026

Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Kerja Sosial 2026 sebagai langkah penting memperkukuh profesionalisme dan tadbir urus bidang kerja sosial di Malaysia.

Menerusi undang-undang baharu ini, semua pengamal kerja sosial di sektor swasta diwajibkan berdaftar dengan Lembaga Profesion Kerja Sosial.

Langkah tersebut bertujuan memastikan amalan kerja sosial dilaksanakan mengikut piawaian profesional, beretika serta memberi perlindungan yang lebih baik kepada masyarakat dan penerima perkhidmatan.

Pelaksanaan RUU ini turut dijangka memperkukuh kualiti penyampaian perkhidmatan kerja sosial, melindungi kepentingan klien, meningkatkan tahap akauntabiliti pengamal serta menyokong pembangunan modal insan dan kesejahteraan sosial selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Sumber: RTM
Sorotan Berita Jendela Madani – Suara Merentasi Dunia

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *