



14 Julai 2026
KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat mengiringi isteri Presiden Singapura, Puan Jane Ittogi Shanmugaratnam, dalam lawatan ke Balai Seni Negara, Kuala Lumpur, hari ini (14 Julai).
Lawatan tersebut adalah bersempena Lawatan Negara Presiden Republik Singapura, TYT Tharman Shanmugaratnam ke Malaysia
yang bermula semalam.
Turut berangkat, YAM Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim.
Hadir sama, YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, isteri Perdana Menteri; Encik Amerrudin Ahmad, Ketua Pengarah Balai Seni Negara; Puan Jayanthi Menon, isteri Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura dan Puan Chan Jo Rin, Isteri Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Balai Seni Negara merupakan institusi seni tertua negara yang ditubuhkan pada 28 Ogos 1958 dan terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Balai Seni Negara adalah institusi seni yang bertanggungjawab memelihara, mempromosikan dan meraikan warisan seni visual negara dengan himpunan koleksi lebih 7000 karya seni.
Pada lawatan berkenaan, Puan Jane Ittogi Shanmugaratnam dan Raja Permaisuri Agong serta deligasi turut diberi penerangan mengenai himpunan seni yang mendokumentasikan sejarah dan kehidupan masyarakat Malaysia sejak merdeka.
