
16 Julai 2026
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah mengambil perhatian serius
insiden pergaduhan yang melibatkan beberapa orang murid di luar kawasan
sekolah sebagaimana yang tular di media sosial.
Pihak sekolah bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah mengambil
tindakan segera dengan mengenal pasti murid yang terlibat serta
menjalankan siasatan dalaman.
Insiden ini sedang dalam siasatan
pihak Polis dan JPN Sabah memberi kerjasama penuh terhadap proses
siasatan yang sedang berjalan.
JPN Sabah menegaskan bahawa walaupun kejadian berlaku di luar
sekolah, sebarang bentuk salah laku yang melibatkan murid dipandang
serius.
Tingkah laku sedemikian bukan sahaja mencemarkan imej institusi
pendidikan, malah boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan
murid.
JPN Sabah tidak akan berkompromi dengan insiden salah laku
sedemikian dan tindakan tegas akan diambil terhadap murid yang didapati
bersalah selaras dengan peruntukan dan garis panduan yang sedang
berkuat kuasa.
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH
16 JULAI 2026
