PESANAN PMXINTEGRITI DAN KEPIMPINAN BERPRINSIP ASAS MEMBINA MALAYSIA MADANI

17 Julai 2026

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa amanah sebagai penjawat awam menuntut setiap individu menghayati nilai integriti, kecekapan, keberanian melakukan perubahan serta iltizam untuk sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dan negara dalam setiap tindakan dan keputusan.

Pesanan itu disampaikan ketika beliau bertemu para kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang sedang mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam.

Beliau menekankan bahawa barisan penjawat awam merupakan tonggak utama dalam memastikan dasar kerajaan dapat dilaksanakan secara berkesan, telus dan berakauntabiliti.

Menurut Perdana Menteri, masa depan Malaysia bergantung kepada kewujudan kepimpinan dan perkhidmatan awam yang berwibawa, berprinsip serta mempunyai keberanian untuk melaksanakan reformasi demi memperkukuh tadbir urus negara.

Beliau turut menyeru agar setiap penjawat awam terus menjunjung amanah, memperkukuh budaya kerja cemerlang serta meletakkan kepentingan rakyat mengatasi segala-galanya dalam usaha membina sebuah Malaysia yang lebih maju, adil, sejahtera dan berteraskan nilai-nilai MADANI.

Sumber: FB Anwar Ibrahim, Perdana Menteri
Sorotan Berita Jendela Madani

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *