
💬 “KDN komited memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat melalui proses yang lebih pantas, telus dan berintegriti, tanpa berkompromi terhadap pematuhan undang-undang serta Perlembagaan Persekutuan.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terus melaksanakan reformasi penyampaian perkhidmatan dengan menambah baik Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mempercepatkan proses permohonan kewarganegaraan dan pendaftaran Daftar Lewat Kelahiran (DLK), sekali gus meningkatkan kecekapan serta ketelusan perkhidmatan kepada rakyat.
Antara penambahbaikan utama yang dilaksanakan ialah:
✅ Tempoh pemprosesan sehingga satu (1) tahun bagi permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A, Perkara 15(2) dan Perkara 19(1) Perlembagaan Persekutuan, bermula daripada tarikh penerimaan dokumen lengkap sehingga keputusan dimuktamadkan.
✅ SOP diperkemas melalui semakan dan penambahbaikan proses semakan dokumen serta siasatan bagi mempercepatkan penyelesaian permohonan tanpa menjejaskan pematuhan kepada undang-undang yang berkuat kuasa.
✅ Akses permohonan Daftar Lewat Kelahiran (DLK) diperluaskan ke semua Pejabat JPN di seluruh negara dan melalui Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR), di samping penurunan kuasa membuat keputusan kepada JPN Negeri bagi mempercepatkan proses pertimbangan serta penyelesaian kes.
Langkah ini dijangka menghasilkan proses yang lebih pantas, ketelusan yang diperkukuh, penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien serta memastikan setiap permohonan diproses mengikut peruntukan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.
Sumber: Pertanyaan Jawab Lisan Dewan Rakyat, Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas, 16 Julai 2026.
