KDN MENERUSI PDRM TEGAS MENANGANI FITNAH, HASUTAN DAN BERITA PALSU MENJELANG PRN NEGERI SEMBILAN

18 Julai 2026

Menjelang Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DUN) Negeri Sembilan Ke-16, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan seluruh rakyat Malaysia agar menggunakan media sosial secara berhemah, bertanggungjawab dan mematuhi undang-undang bagi memastikan proses demokrasi berlangsung dalam suasana yang aman, harmoni dan selamat.

💬 “Kebebasan bersuara perlu disertai dengan tanggungjawab. KDN menerusi PDRM tidak akan berkompromi terhadap sebarang penyalahgunaan media sosial yang boleh menggugat keselamatan negara, ketenteraman awam serta keharmonian masyarakat.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Antara tindakan yang sedang diperkukuh oleh PDRM ialah:

✅ Mempertingkat pemantauan kandungan media sosial sepanjang tempoh pilihan raya.

✅ Mengambil tindakan tegas terhadap penyebaran kandungan berunsur fitnah, hasutan, penghinaan, provokasi dan berita palsu yang boleh menimbulkan kebencian, ketegangan kaum serta menggugat keamanan negara.

✅ Menjalankan siasatan dan penguatkuasaan tanpa mengira latar belakang individu berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa, termasuk Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], Akta Hasutan 1948 serta undang-undang berkaitan.

KDN menyeru seluruh masyarakat agar sentiasa mendapatkan maklumat daripada sumber yang sahih, tidak mudah terpengaruh dengan provokasi serta bersama-sama memelihara keamanan, ketenteraman awam dan keharmonian negara demi memastikan PRU DUN Negeri Sembilan Ke-16 berlangsung dengan lancar, aman dan mematuhi lunas undang-undang.

Sumber: Kenyataan Media Ketua Polis Negeri Sembilan bertajuk “PDRM Memberi Amaran Tegas Terhadap Penyebaran Komen Negatif, Fitnah dan Hasutan Menjelang Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Negeri Sembilan Ke-16”, 17 Julai 2026.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *