
TEHRAN, 19 Julai – Amerika Syarikat (AS) meneruskan serangan udara ke atas Iran untuk hari kelapan berturut-turut pada Ahad, sekali gus meningkatkan risiko konflik lebih meluas di Asia Barat.
Markas Pusat AS (CENTCOM) berkata serangan terbaharu menyasarkan unit Kor Pengawal Revolusi Islam Iran yang didakwa bertanggungjawab terhadap kematian dua anggota tenteranya di Jordan pada Jumaat.
CENTCOM menyifatkan operasi itu sebagai tindakan untuk “menghukum dengan segera” pihak yang melancarkan serangan berkenaan.
Agensi berita Iran, Fars dan Tasnim, turut melaporkan serangan AS ke atas Sirik, sebuah pelabuhan di Selat Hormuz di selatan Iran.
Sepanjang lebih seminggu lalu, serangan AS terhadap Iran turut menjejaskan lapangan terbang, stesen kereta api dan jambatan
Tindakan ketenteraan berterusan menjejaskan usaha mencapai perjanjian awal bagi menamatkan perang, ketika kedua-dua pihak masih berusaha memecahkan kebuntuan berhubung Selat Hormuz, laluan penting bagi bekalan minyak dunia.
Konflik yang tercetus susulan serangan AS-Israel pada 28 Februari itu telah mengorbankan 16 anggota tentera AS setakat ini, manakala seorang lagi masih hilang ketika menjalankan tugas. – AFP
Sorotan : Berita Jendela Madani
