RAJA PERMAISURI AGONG MENGENAKAN PERHIASAN KHAS LAMBANG PERSAHABATAN BERSAMA SINGAPURA

23 Julai 2026

Hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura terzahir dalam pelbagai bentuk kerjasama yang mencerminkan keakraban kedua-dua negara.

Dalam istiadat Sambutan Negara sempena Lawatan Negara Presiden Singapura, TYT Tharman Shanmugaratnam ke Malaysia baru-baru ini, KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah telah berkenan memilih beberapa perhiasan khas sebagai simbol persahabatan dua negara.

Bagi acara Sambutan Negara di Istana Negara pada 13 Julai, Raja Permaisuri Agong berkenan mengenakan sebuah loket ukiran Bunga Raya sebagai lambang bunga kebangsaan Malaysia.

Perhiasan istimewa itu dipadankan dengan baju kurung daripada kain songket tenunan Wan Manang, adiguru songket tersohor dari Terengganu. Busana tersebut merupakan rekaan Dato’ Radzuan Radziwill, yang menampilkan sentuhan elegan dalam mengangkat keindahan dan kehalusan warisan busana Melayu.

Pada acara lawatan bersama isteri Presiden Singapura keesokan harinya, Raja Permaisuri Agong berkenan menyarung loket bunga orkid istimewa yang dihadiahkan oleh Republik Singapura kepada Seri Paduka Baginda.

Rekaan loket itu diinspirasikan daripada bunga orkid kultivar β€˜Ibrahim Zarith’, yang dinamakan bersempena Lawatan Negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ke Singapura pada tahun 2024, sebagai simbol persahabatan erat antara Malaysia dan Singapura.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *