Wanita bersama dua anak perempuan ditemui meninggal dunia dirumah

IPOH, 31 Julai – Tiga beranak ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Bandar Baru Tambun, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9.10 malam.

Beliau berkata, mangsa terdiri daripada seorang wanita tempatan berusia 46 tahun serta dua anak perempuannya masing-masing berusia 12 dan 11 tahun.

Menurutnya, ketiga-tiga mangsa ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.

Hasil pemeriksaan di lokasi turut menemui sebuah bekas yang dipercayai mengandungi sisa pembakaran arang di dalam bilik tersebut.

“Bagaimanapun pemeriksaan awal ke atas ketiga-tiga mangsa tidak menemui sebarang kecederaan atau unsur jenayah pada tubuh mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, namun siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Proses bedah siasat akan dijalankan bagi membantu melengkapkan siasatan.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih sehingga siasatan selesai dijalankan.

Sumber Foto: Media Sosial

Yang sahih di RTM’

RTM #BeritaRTM #MalaysiaMadani #TaatSetia #BersamaMALAYSIAKU #RancakkanMADANI #MADANIBekerja

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *