
QUETTA, 31 Julai – Sekurang-kurangnya 34 pekerja maut dalam letupan gas metana di sebuah lombong arang batu berhampiran Quetta, Balochistan, Pakistan, pada Khamis.
Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Wilayah Balochistan memaklumkan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi mengesan mangsa yang dipercayai masih terperangkap, manakala jumlah sebenar pekerja di dalam lombong ketika kejadian belum dapat dipastikan.
Kemalangan lombong arang batu kerap berlaku di Balochistan yang kaya dengan sumber mineral tetapi masih ketinggalan dari segi pembangunan. – AFP
