๐”๐“๐Œ ๐Œ๐€๐‡๐” ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐‰๐€๐ƒ๐ˆ ๐‘๐€๐Š๐€๐ ๐’๐“๐‘๐€๐“๐„๐†๐ˆ๐Š ๐’๐„๐๐€๐‘ ๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐…๐€๐Š๐“๐€

5 Ogos 2026

KualaLumpur Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mahu memperkukuh kerjasama strategik dengan organisasi media bagi memastikan penyampaian maklumat berasaskan fakta serta hasil penyelidikan universiti dapat disebarluaskan kepada masyarakat dengan lebih berkesan.

Naib Canselor UTM Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim berkata hubungan erat antara universiti dan media amat penting bagi memastikan maklumat yang sahih, hasil penyelidikan serta kepakaran akademik dapat disampaikan secara tepat, sekali gus memberi manfaat kepada masyarakat.

Beliau berkata institusi pengajian tinggi kini berdepan pelbagai cabaran, termasuk penyebaran dakwaan dan kritikan yang tidak tepat sehingga boleh menjejaskan imej serta kepercayaan masyarakat yang dibina sejak puluhan tahun.

โ€œUniversiti mengambil masa berpuluh-puluh tahun untuk dibangunkan, namun gambaran negatif yang tidak tepat mampu menjejaskan reputasi institusi.

โ€œSebab itu, kita memerlukan hubungan yang lebih rapat dengan media supaya penjelasan berasaskan fakta dapat disampaikan kepada masyarakat dengan segera,โ€ katanya ketika berucap pada Program Ramah Mesra Pengurusan Universiti Bersama Rakan Media hari ini.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *