PM SANTUNI ORANG RAMAI DI ALOR GAJAH, LUANG MASA RAMAH MESRA BERSAMA PENDUDUK

ALOR GAJAH, 7 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menyantuni orang ramai ketika singgah makan tengah hari di sebuah restoran di Alor Gajah, sekali gus mencerminkan pendekatan mesra rakyat yang terus menjadi amalan beliau.

Datuk Seri Anwar tiba di Restoran Sultan kira-kira pukul 12.30 tengah hari sebelum meluangkan lebih 30 minit beramah mesra dengan pengunjung dan penduduk setempat yang hadir.

Kehadiran Perdana Menteri disambut penuh kegembiraan dan keterujaan, dengan orang ramai mengambil peluang berinteraksi serta merakamkan gambar kenangan bersama beliau.

Selepas sesi santai bersama masyarakat itu, Perdana Menteri meneruskan program dengan menunaikan solat Jumaat di Masjid Ar-Rasyidin.

Beliau diiringi Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abdul Halim, sepanjang lawatan ringkas tersebut.

Kunjungan itu sekali lagi memperlihatkan komitmen kepimpinan negara untuk terus mendekati rakyat melalui pendekatan turun padang serta memperkukuh hubungan antara kerajaan dan masyarakat.

Sumber : Bernama

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *