
9 Ogos 2026
TYT Sakiasi Raisevu Ditoka, Menteri Luar Negeri dan Perdagangan Luar Republik Fiji, mengadakan
lawatan kerja ke Malaysia dari 9 Ogos hingga 12 Ogos 2026.
Lawatan kerja ini merupakan lawatan pertama
beliau sejak memegang jawatan Menteri Luar Negeri dan Perdagangan Luar pada 19 Januari 2026.
Dalam rangka lawatan tersebut, beliau akan mengadakan pertemuan dua hala dengan YB Dato’ Seri
Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Luar Negeri bagi membincangkan usaha untuk terus
memperkukuh kerjasama dua hala antara Malaysia dan Fiji, terutamanya dalam bidang perdagangan dan
pelaburan, pembangunan modal insan, perhutanan, tenaga boleh baharu, dan kebudayaan.
Mesyuarat tersebut juga memberi peluang kepada kedua-dua menteri bertukar-tukar pandangan dalam
isu-isu serantau dan antarabangsa, serta mengukuhkan kerjasama dengan negara-negara Pasifik.
Beliau turut dijadual untuk mengadakan pertemuan dengan YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri
Pelaburan, Perdagangan dan Industri, bagi meneroka peluang kerjasama ekonomi baharu yang boleh
memanfaatkan kedua-dua negara.
Dalam rangka lawatan kerja ini juga, beliau akan merasmikan Majlis
Pembukaan semula Suruhanjaya Tinggi Fiji di Kuala Lumpur dan menyaksikan penubuhan Majlis
Perniagaan Malaysia-Fiji.
Pada tahun 2025, jumlah dagangan dua hala Malaysia-Fiji berjumlah RM880.01 juta (USD206.2 juta),
dengan eksport bernilai RM867.92 juta (USD203.41 juta) dan dan import bernilai RM12.09 juta (USD2.80
juta).
PUTRAJAYA
9 Ogos 2026
