TUMPAHAN MINYAK MENTAH CEMARI 390 KM PERSEGI PERAIRAN OMAN

MUSCAT, 10 Ogos โ€“ Tumpahan minyak mentah di perairan selatan Oman menjejaskan kira-kira 390 kilometer persegi kawasan laut, terutama di sekitar kepulauan Hallaniyat, selepas sebuah kapal tangki terkandas di kawasan marin dilindungi pada Jun lalu.

Pihak Berkuasa Alam Sekitar Oman kini menjalankan pemantauan udara dan mengerahkan penyelam bagi menilai kesan tumpahan, selain merangka pelan pemindahan muatan minyak dari kapal berkenaan bagi mengurangkan risiko terhadap alam sekitar serta keselamatan pelayaran.

Punca kejadian masih belum dikenal pasti. Bagaimanapun, firma pengurusan risiko maritim Vanguard memaklumkan kapal berkenaan mengalami beberapa letupan pada awal Jun ketika belayar di luar pantai Yaman, menyebabkan air memasuki beberapa bahagian kapal.

Menurut Greenpeace dan PAX, tumpahan berkenaan berpotensi mencetuskan bencana alam sekitar kerana kapal itu dipercayai membawa kira-kira satu juta tong minyak mentah.

Kapal berkenaan turut dipercayai sebahagian daripada โ€œarmada bayanganโ€ Rusia yang digunakan untuk mengelak sekatan Barat terhadap eksport minyaknya.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *