πŸ”₯ LEBIH 20,000 PENDUDUK DIPINDAHKAN, KEBAKARAN HUTAN BRITISH COLUMBIA MEREBAK

BRITISH COLUMBIA, 13 Ogos – Lebih 20,000 penduduk di British Columbia, Kanada diarahkan berpindah susulan kebakaran hutan yang terus merebak dan masih belum dapat dikawal.

Lebih 100 kebakaran aktif dilaporkan berlaku di seluruh wilayah, dengan keadaan disifatkan berisiko tinggi dan sukar dijangka.

Perubahan arah angin, asap tebal serta petir kering yang mencetuskan kebakaran baharu turut menyukarkan usaha pasukan bomba mengawal kebakaran.

Sejumlah rumah dan bangunan dilaporkan musnah, manakala sebahagian penduduk masih terperangkap dan tidak dapat meninggalkan kawasan masing-masing.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *