Pertemuan empat mata PMX dan Sultan Brunei bincang kepentingan dua negara.

22 Ogos 2026

Memulakan sesi Rundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei Darussalam Ke-27 (ALC-27) dengan mengadakan pertemuan empat mata bersama KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien.

Pertemuan ini memberi ruang untuk PMX dan Paduka Seri Baginda Tuanku bertukar pandangan secara terbuka dan penuh mesra terkait pelbagai perkara yang menjadi kepentingan bersama, berteraskan hubungan akrab, kepercayaan dan persahabatan istimewa yang sekian lama terjalin antara Malaysia dan Negara Brunei Darussalam.

🇲🇾🇧🇳

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *