π—›π—”π— π—£π—œπ—₯ 𝟭𝟬𝟬,𝟬𝟬𝟬 π—žπ—”π—‘π——π—¨π—‘π—šπ—”π—‘ π—•π—˜π—₯𝗨𝗑𝗦𝗨π—₯ π—£π—˜π—‘π—œπ—£π—¨π—”π—‘ π——π—œπ—§π—¨π—₯π—¨π—‘π—žπ—”π—‘ π—¦π—˜π—›π—œπ—‘π—šπ—šπ—” π—π—¨π—Ÿπ—”π—œ

Sebanyak 99,693 kandungan media sosial berunsur penipuan termasuk scam telah diturunkan setakat 15 Julai tahun ini, melebihi jumlah 98,503 kandungan yang diturunkan sepanjang 2025.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata jumlah permohonan untuk menurunkan kandungan berkenaan yang dihantar kepada platform media sosial seperti Meta, TikTok dan YouTube pula adalah sebanyak 106,268 dalam tempoh sama, berbanding 102,113 permohonan sepanjang tahun lepas.

β€œMemang ada sedikit perbezaan kerana walaupun permohonan itu dihantar oleh MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia), platform masih mempunyai kuasa mutlak untuk menurunkan atau sebaliknya kandungan berkenaan.

β€œNamun, untuk kes scam kadar pematuhan (platform) biasanya melebihi 90 peratus,” katanya kepada pemberita selepas Program MADANI Kita (PMK) 2026 Negeri Johor di Dewan RayaTaman Desa Skudai.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *