
24 Ogos 2026
Mahkamah Majistret Selayang menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan dari tarikh tangkap dan denda RM400 terhadap seorang lelaki selepas beliau mengaku bersalah atas pertuduhan menyamar sebagai pegawai SPRM di bawah Seksyen 171 Kanun Keseksaan.
Mahkamah turut memerintahkan tambahan penjara satu bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Kes telah disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Gombak, IPD Gombak.
