TRAGEDI MENYAYAT HATI KUALA NERUS – Dua beranak ditemukan rentung dalam keadaan berpelukan

26 Ogos 2026

Dua beranak ditemukan rentung dalam keadaan berpelukan selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah rumah dekat Tok Jembal, Kuala Nerus awal pagi tadi.

Mangsa dikenal pasti sebagai Amirul Fahmi Wan Jusoh, 40 tahun dan anaknya, Rehan Yusof Amirul Fahmi, sembilan tahun.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Shahrin Yusmar Mat Yusof berkata, dalam kejadian pukul 2.49 pagi itu, keseluruhan kediaman hangus terbakar.

Kedua-dua beranak yang berada di tingkat atas rumah berkenaan gagal menyelamatkan diri ekoran api marak.

Pasukan bomba mengambil masa selama tiga jam untuk mengawal kebakaran.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *