Pelabuhan Bintulu kembali bawah pentadbiran Sarawak 1 September

BINTULU, 28 Ogos – Pelabuhan Bintulu akan kembali di bawah pentadbiran Kerajaan Sarawak mulai 1 September 2026, selepas 47 tahun berada di bawah Kerajaan Persekutuan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata pewartaan menamatkan kuat kuasa Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu akan berkuat kuasa pada 31 Ogos 2026, sekali gus membuka lembaran baharu pengurusan pelabuhan berkenaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata peralihan itu membolehkan Sarawak mengkonsolidasikan pengurusan pelabuhan negeri melalui satu pihak berkuasa pelabuhan yang lebih bersepadu.

Sepanjang 47 tahun di bawah pentadbiran Persekutuan, Pelabuhan Bintulu menjadi antara aset penting dalam menyokong sektor perdagangan, perindustrian, tenaga dan logistik.

Peralihan ini turut memperkukuh kedudukan Pelabuhan Bintulu sebagai aset strategik Sarawak serta hab maritim, industri dan logistik negeri.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *